sitianirah@gmail.com

Resepi : Nasi Goreng Kampung Cauliflower Atkins


Bahan-Bahan

1/3 cauliflower (disangat seperti nasi)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2/3 biji lada jarum
Sayur kangkung/sawi/baby sayur/brokoli
2 biji telur basuh
Ikan Bilis/ayam (pilihan)
Lada hitam original
1/2 tsp garam
Minyak

Cara-Cara

1. Basuh dan sangat cauliflower seperti berbentuk nasi biasa.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak. Tumis bawang putih,bawang merah,lada jarum hingga 
    naik bau.
3. Masukkan ikan bilis/ayam, gorenga separuh masak. Tabur/perasakan dengan lada hitam dan 
    garam.
4. Masukkan telur. Gaul2 hingga telur menjadi scrambled. Jangan terlalu kering telur. Agak2 
    nak kering, terus masukkan cauliflower. Biarkan seketika hingga cauliflower menjadi sedikit 
    lembut.
5. Masukkan sayur dan tambah lada jarum kalau nak lagi pedas.
6. Rasa. Kalau dah okey, boleh terus hidang.


Maklumat pemakanan untuk Nasi Goreng Kampung Cauliflower Atkins :
Fat : 
Total Carbs : 
Protein : 


##Resepi Sendiri

1 comment: