sitianirah@gmail.com
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts
sumber : Google

Bahan-Bahan

10-15 helai daun pandan
1 1/2 kotak santan kara
1/2 kotak whipping cream
1/2 tsp garam
3 biji telur basuh
5-8 peket stevia/splenda (ikut pilihan, kalau boleh kurangkan, tawar takpe)

Cara-Cara

1. Basuh daun pandan. Kemudian masukkan dalam blender bersama 350ml air. Tapis dan 
    ketepikan.
2. Pukul telur, garam,splenda/stevia dan whipping cream. Jangan terlalu kembang. Rasa 
    dahulu. Kalau perlu tambah/kurang stevia/splenda.
3. Satukan santan, extract pandan(1) dan telur(2) ke dalam periuk dan masak dengan api     
   sederhana dengan menggunakan kaedah double boil. Kalau nak masak direct, gunakan api 
   kecil.
4. Masak hingga pekat. Kebiasaanya ambil masa dalam 30-45minit. Pastikan dikacau selalu.
5. Sekiranya kaya menjadi ketul2, masukkan dalam blend, blend hingga sebati.
6. Kaya yang siap perlu disejukkan dalam suhu bilik dahulu. Bila dah betul2 sejuk, baru letak 
    dalam botol/bekas kedap, dan masukkan dalam peti sejuk



Maklumat pemakanan untuk per serving Kaya Pandan Atkins Version :
Total Carbs : 3gm

##Boleh makan bersama roti flexseed atau oopsie bread. Tapi hati-hati. Jangan ambil banyak. 1sudu sehari takpe.

Bahan-Bahan

1/3 cauliflower (disangat seperti nasi)
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2/3 biji lada jarum
Sayur kangkung/sawi/baby sayur/brokoli
2 biji telur basuh
Ikan Bilis/ayam (pilihan)
Lada hitam original
1/2 tsp garam
Minyak

Cara-Cara

1. Basuh dan sangat cauliflower seperti berbentuk nasi biasa.
2. Panaskan kuali, masukkan minyak. Tumis bawang putih,bawang merah,lada jarum hingga 
    naik bau.
3. Masukkan ikan bilis/ayam, gorenga separuh masak. Tabur/perasakan dengan lada hitam dan 
    garam.
4. Masukkan telur. Gaul2 hingga telur menjadi scrambled. Jangan terlalu kering telur. Agak2 
    nak kering, terus masukkan cauliflower. Biarkan seketika hingga cauliflower menjadi sedikit 
    lembut.
5. Masukkan sayur dan tambah lada jarum kalau nak lagi pedas.
6. Rasa. Kalau dah okey, boleh terus hidang.


Maklumat pemakanan untuk Nasi Goreng Kampung Cauliflower Atkins :
Fat : 
Total Carbs : 
Protein : 


##Resepi Sendiri

sumber : google


Bahan-Bahan
(30biji)
3-4biji telur (asingkan putih dan kuning telur)
5-8 peket stevia/pemanis tiruan ( Ikut pilihan )
150-200gm kelapa parut sederhana
1/2 tsp vanilla extract
1/4 tsp garam

Cara-Cara

1. Letakkan kertas minyak atau baking paper atas dulang pembakar
2. Masukkan kelapa parut ke dalam food processor. Pulse selama 60saat. Jangan terlalu halus.
3. Campurkan putih telur , pemanis , garam da vanilla dalam satu mangkuk. Mix sampai sebati.
4. Masukkan kelapa ke dalam mangkuk (3) dan gaul sebati.
5. Paipkan/gunakan sudu untuk letakkan campuran ke atas dulang pembakar secara bulat2 atau    sederhana tinggi. Sejukkan dan keringkan macaroon kelapa buat seketika sebelum bakar ke 
   dalam ketuhar.
6. Panaskan ketuhar kepada 425°. Bakar macaroon kelapa sehingga mereka mula bertukar 
    warna kekuningan (5-7 minit)
7. Keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk. Berhati2 semasa mengangkat macaroon kelapa, 
    bimbang pecah atau terurai. Simpan dalam bekas kedap udara selama 5hari.


Maklumat pemakanan untuk 2 keping Oopsie Bread Atkins:
Fat : 3.5mg
Calories : 39mg
Total Carbs : 1.0gm
    Fibre : 0.8gm
Protein : 0.8mg

Fasa Atkins :
Sesuai untuk fasa 2,3 dan 4 sahaja.

Sumber : Macaroon Kelapa Atkins
Sumber : Google


Bahan-Bahan

(6-8keping)
100gm krim cheese
3 biji telur
secubit garam
1sudu serbuk penaik/krim tartar
pemanis tiruan (pilihan)

Cara-Cara

1. Asingkan putih telur dan kuning telur dalam bekas yang berlainan.
2. Pukul putih telur bersama garam hingga kental (meringue - telingkup mangkuk, bahan tak 
    jatuh)
3. Dalam bekas lain, pukul kuning telur dan krim cheese. Masukkan serbuk penaik/krim tartar 
    untuk menjadikan roti lebih elok.
4. Kaup kuning telur(3) ke dalam bekas putih telur(2) dan lakukan proses kaup balik secara
    lembut.
5. Jadikan 6-8 bulat oopsie bread di atas dulang pembakar. Boleh tabur hirisan cheese kalau nak
    tambah perasa
7. Bakar dalam ketuhar 300darjah selama 10-15minit atau bertukar kekuningan.


Maklumat pemakanan untuk 2 keping Oopsie Bread Atkins:
Fat : 11.2gm
Total Carbs : 1.2gm
Protein : 6.2gm


Sumber : Oopsie Bread Atkins


Bahan-Bahan

Daun pudina (6-8 setiap satu)
1 sudu jus limau segar
1 1/ 2 sudu teh berbutir pengganti gula (Stevia)
4 Auns soda
ketul ais


Cara-Cara

1. Masukkan daun pudina,jus limau segar dan gula ke dalam gelas. Pijit bahan dengan sudu supaya bahan2 bercampur dengan sempurna.
2. Tuang soda ke dalam gelas. Kacau dan masukkan ketulan ais.
3. Sedia untuk minum.


Maklumat pemakanan untuk Lime Mint Soda Juice Atkins:
Cholestrol : 70.4mg
Total Carbs : 1.3gm
   Dietary Fibre : 0.2gm
Protein : 0.1mg




Bahan-Bahan

½ cawan mentega ( cair )
½ cawan serbuk koko
2 skop bioprotein(pilihan)
7 biji telur ( asingkan putih dan kuning )
¼ cawan gula ( Guna gula tiruan/stevia, perasa ikut pilihan )
whipping cream


Cara-Cara

1. Panaskan ketuhar kepada 350 darjah.
2. Pukul mentega cair bersama gula.
3. Masukkan serbuk koko dan bioprotein(pilihan), pukul hingga sebati.
4. Masukkan kuning telur dan pukul hingga sebati. Ketepikan.
5. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga kental (meringue)
6. Kaup sebatian koko(4), dan masukkan ke dalam bekas meringue(5). Lakukan proses kaup-
    balik.
7. Sediakan loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak atau baking paper.
8. Masukkan sebatian coklat + meringue tadi ke dalam loyang dan bakar selama 15-17minit.
    (15m = kek lembab, 17m = kek lembut)
9. Setelah 15-17m, keluarkan dari ketuhar. Sila hati-hati. Pakai sarung tangan untuk 
    mengeluarkan kek secara telangkup. Sejukkan kek.
10. Dalam bekas lain, putar whipping krim hingga kental.
11. Sapu whipping krim di atas kek coklat dan gulung. Potong 10 bahagian sama besar.



Maklumat pemakanan untuk 1/10 Kek Gulung @ Swiss Roll Coklat Atkins:
Total Carbs : 6.0gm


Sumber : Kek Gulung @ Swiss Roll Coklat Atkins

Sumber : Google

Bahan-Bahan

5 biji telur
1 cawan krim berat
1 cawan air
5 paket pengganti gula atau rasa manis
1 penutup penuh dengan ekstrak badam
Buah pala atau kayu manis

Cara-Cara

1. Panaskan ketuhar kepada 350 darjah.
2. Pukul lima bahan pertama dalam pengisar selama 3 hingga 4 minit.
3. Tuangkan ke dalam loyang dan taburkan atas dengan hirisan buah pala atau kayu manis.
4. Letak loyang dalam ketuhar dengan kaedah double boil ( letak loyang dalam bekas yang berisi air)
5. Bakar selama 40 minit atau sehingga ditetapkan pada 350 darjah.

## Boleh juga guna kaedah kukus. Kukus mungkin ambil masa sekejap sahaja. Try dahulu ye

Maklumat pemakanan untuk 1/6 slice Puding Karamel Atkins :
Fat : 12.0gm
Cholestrol : 204.4mg
Total Carbs : 2.1gm
   Dietary Fibre : 0.2gm
Protein : 5.7gm

Sumber : Puding Karamel Atkins

Bahan-Bahan

340gm keju krim lembut 
4 peket Splenda 
1 sudu kecil Vanilla Extract 
1 cawan Krim Berat (heavy cream)
1/2 cawan strawberi segar (Pilihan) 

Cara-Cara


1. Menggabungkan keju krim, Splenda, dan ekstrak vanila ke dalam mangkuk dan gaul rata. 
2. Pukul krim berat di dalam mangkuk berasingan sehingga ia membentuk lembut. 
3. Masukkan krim berat(2) yang dipukul ke dalam campuran keju krim(1). 
4. Memindahkan campuran ke dalam loyang dan sejuk dengan membungkus plastik, sekurang-
   kurangnya 25 minit. Topping dengan beri/strawberry jika anda suka. Hidangkan segera atau
   simpan, ditutup dengan bungkus plastik, di dalam peti sejuk sehingga 2 hari. 

Hidangan untuk 6kali dengan 3gm karbohidrat setiap hidangan 
(lebih karbohidrat jika anda menambah di beri)

Maklumat pemakanan untuk 1/6 slice Atkins Crustless Cheesecake :
Fat : 34.7gm
Cholestrol : 117.8mg
Total Carbs : 3.1gm
   Dietary Fibre : 0.0gm
Protein : 5.1gm

Sumber : Atkins Crustless Cheesecake


Bahan-Bahan

3/4 cawan cair minyak kelapa
150g almond butter
60 titis (kira-kira 3/8 sudu kecil ) Cecair Stevia (kalau pakai serbuk, sila sukat ikut pilihan)
3 sudu besar serbuk koko
9 sudu besar mentega masin cair

Cara-Cara

1. Campur semua bahan dalam 1 bekas, kemudian kacau hingga sebati. 
2. Rasa dahulu. Kalau dah okey, tak perlu tambah apa-apa bahan lagi.
3. Isikan bahan yang siap sebati tadi dalam bekas muffin atau candy. Ingat, letak dahulu 
    kertas minyak atau baking paper supaya tak melekat bila sejukkan nanti.
4. Sejukkan dalam peti selama 30minit.
5. Kemudian, keluarkan fat booms coklat dari bekas muffin atau candy.
6. Masukkan dalam bekas/plastik, kemudian letak dalam peti. Kalau tak letak, nanti coklat 
    cair! Nak makan, ambil dari peti.

Maklumat pemakanan untuk satu Fat Bombs Coklat:
145 kalori
Lemak 14.7g ( 91.2 %)
Protein 1.53g (4.2%)

Karbohidrat 1.67g (4.6%)


Sumber : Fat Bombs