sitianirah@gmail.com

Resepi : Kek Gulung @ Swiss Roll Coklat Atkins


Bahan-Bahan

½ cawan mentega ( cair )
½ cawan serbuk koko
2 skop bioprotein(pilihan)
7 biji telur ( asingkan putih dan kuning )
¼ cawan gula ( Guna gula tiruan/stevia, perasa ikut pilihan )
whipping cream


Cara-Cara

1. Panaskan ketuhar kepada 350 darjah.
2. Pukul mentega cair bersama gula.
3. Masukkan serbuk koko dan bioprotein(pilihan), pukul hingga sebati.
4. Masukkan kuning telur dan pukul hingga sebati. Ketepikan.
5. Dalam bekas yang lain, pukul putih telur hingga kental (meringue)
6. Kaup sebatian koko(4), dan masukkan ke dalam bekas meringue(5). Lakukan proses kaup-
    balik.
7. Sediakan loyang yang telah dilapik dengan kertas minyak atau baking paper.
8. Masukkan sebatian coklat + meringue tadi ke dalam loyang dan bakar selama 15-17minit.
    (15m = kek lembab, 17m = kek lembut)
9. Setelah 15-17m, keluarkan dari ketuhar. Sila hati-hati. Pakai sarung tangan untuk 
    mengeluarkan kek secara telangkup. Sejukkan kek.
10. Dalam bekas lain, putar whipping krim hingga kental.
11. Sapu whipping krim di atas kek coklat dan gulung. Potong 10 bahagian sama besar.



Maklumat pemakanan untuk 1/10 Kek Gulung @ Swiss Roll Coklat Atkins:
Total Carbs : 6.0gm


Sumber : Kek Gulung @ Swiss Roll Coklat Atkins

0 comments:

Post a Comment