Diet Atkins Boleh Makan KFC?. Mungkin ini persoalan yang bermain diminda mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan diet atkins. Akhir bulan lalu saya dapat komen dari pengunjung blog. Beliau bertanya tentang makan kfc semasa diet atkins.
Okey, sebelum saya jawab persoalan tu, sila ingat balik ye makanan yang halal diet atkins. Kalau tak ingat, boleh rujuk balik pada artikel Diet Atkins. Kalau lihat dalam artikel tu, saya ada senaraikan jenis makanan yang boleh dimakan semasa mengamalkan diet atkins.
Makanan yang boleh dimakan semasa Diet Atkins :
- Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
- Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
- Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai. Asalkan halal.
- Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
- Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
- Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
- Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
- Burger. Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je.
- Pizza. Makan topping sahaja.
- Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.
So, jelas lah kfc tu datangnya dari ayam kan? maka, kfc tu boleh lah makan. Tapi ingat, ayam kfc disalut dengan tepung. Sebelum nak makan tu, pastikan buang segala kulit yang bertepung. Cuma makan bahagian yang betul-betul suci daripada tepung. Makan bahagian yang betul2 isi sahaja.
Bagaimana pula dengan coleslaw, potato mash, sos cili, sos tomato, cheesy wedges, burger dan air gas? Ok, terus terang saya katakan, semua yang saya senaraikan tu adalah makanan yang tidak dihalalkan dalam diet atkins. Sebab semua tu mengandungi karbohidrat yang tinggi dan bergula. Mungkin ada yang bertanya,
"Coleslaw kan ada sayur kobis! Mayonis! Kan boleh dalam diet atkins?"
Memang kobis, mayonis dibenarkan semasa atkins tetapi bahan lain yang digunakan seperti gula dan lobak merah tidak dibenarkan dalam dalam atkins. Seboleh-bolehnya semasa berdiet, jauhi makanan dan minuman yang manis.
Potato Mash dan cheesy wedges pula?
Dah sah-sah kedua-dua makanan ini datangnya daripada kentang dan mengandungi nilai karbohidrat yang tinggi. Maka secara automatiknya tidak dibenarkan! Sama juga seperti sos cili, tomato. Kalau nak tambah perasa, sila bawak sos sendiri seperti sos nandos. Burger? Hanya boleh makan dagingnya sahaja, salad dan mayonis, tapi seboleh-bolehnya elekkan daging yang sejuk beku atau kata lain, makanan berproses. Air gas, air pepsi, air milo dan sekutu dengannya yang manis-manis adalah dilarang sama sekali. Sila bawak air masak/air putih sendiri kalau makan kat kfc.
Susahnya nak berdiet kalau berada diluar!
Tak susah sebenarnya. Tapi bergantung pada diri. Ada banyak alternatif lain yang boleh di isi dalam perut semasa berdiet. Kalau makan kat kfc, saya sarankan beli 1 bucket besar, makan sorang-sorang. Tapi buang kulit, baru kenyang dan puas hati. :)
Cukuplah setakat ni sahaja. Moga artikel ni membantu mereka yang runsing tentang cara makan diet atkins di kfc. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh tinggalkan komen di bawah.
ape siak
ReplyDeleteHye, nk tanya telur rebus dan oat bole mkn ke masa diet?
ReplyDelete