sitianirah@gmail.com
Showing posts with label Diet Atkins. Show all posts
Showing posts with label Diet Atkins. Show all posts
KFC vs Diet Atkins

Diet Atkins Boleh Makan KFC?. Mungkin ini persoalan yang bermain diminda mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan diet atkins. Akhir bulan lalu saya dapat komen dari pengunjung blog. Beliau bertanya tentang makan kfc semasa diet atkins.

Diet atkins KFC

Okey, sebelum saya jawab persoalan tu, sila ingat balik ye makanan yang halal diet atkins. Kalau tak ingat, boleh rujuk balik pada artikel Diet Atkins. Kalau lihat dalam artikel tu, saya ada senaraikan jenis makanan yang boleh dimakan semasa mengamalkan diet atkins

Makanan yang boleh dimakan semasa Diet Atkins :

  • Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
  • Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.
  • Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai. Asalkan halal.
  • Udang - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.
  • Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.
  • Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.
  • Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.
  • Burger. Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger dengan sayur dan mayonis kat dalam je.
  • Pizza. Makan topping sahaja.
  • Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

So, jelas lah kfc tu datangnya dari ayam kan? maka, kfc tu boleh lah makan. Tapi ingat, ayam kfc disalut dengan tepung. Sebelum nak makan tu, pastikan buang segala kulit yang bertepung. Cuma makan bahagian yang betul-betul suci daripada tepung. Makan bahagian yang betul2 isi sahaja.

Bagaimana pula dengan coleslaw, potato mash, sos cili, sos tomato, cheesy wedges, burger dan air gas? Ok, terus terang saya katakan, semua yang saya senaraikan tu adalah makanan yang tidak dihalalkan dalam diet atkins. Sebab semua tu mengandungi karbohidrat yang tinggi dan bergula. Mungkin ada yang bertanya, 
"Coleslaw kan ada sayur kobis! Mayonis! Kan boleh dalam diet atkins?"
Memang kobis, mayonis dibenarkan semasa atkins tetapi bahan lain yang digunakan seperti gula dan lobak merah tidak dibenarkan dalam dalam atkins. Seboleh-bolehnya semasa berdiet, jauhi makanan dan minuman yang manis. 

Potato Mash dan cheesy wedges pula?
Dah sah-sah kedua-dua makanan ini datangnya daripada kentang dan mengandungi nilai karbohidrat yang tinggi. Maka secara automatiknya tidak dibenarkan! Sama juga seperti sos cili, tomato. Kalau nak tambah perasa, sila bawak sos sendiri seperti sos nandos. Burger? Hanya boleh makan dagingnya sahaja, salad dan mayonis, tapi seboleh-bolehnya elekkan daging yang sejuk beku atau kata lain, makanan berproses. Air gas, air pepsi, air milo dan sekutu dengannya yang manis-manis adalah dilarang sama sekali. Sila bawak air masak/air putih sendiri kalau makan kat kfc. 

Susahnya nak berdiet kalau berada diluar!

Tak susah sebenarnya. Tapi bergantung pada diri. Ada banyak alternatif lain yang boleh di isi dalam perut semasa berdiet. Kalau makan kat kfc, saya sarankan beli 1 bucket besar, makan sorang-sorang. Tapi buang kulit, baru kenyang dan puas hati. :)

Diet atkins KFC

Cukuplah setakat ni sahaja. Moga artikel ni membantu mereka yang runsing tentang cara makan diet atkins di kfc. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh tinggalkan komen di bawah.

Download Ebook Panduan : Teknik Kurus Dengan Diet Atkins

Atkins Diet, Cara Diet Atkins Yang Berkesan, Diet Atkins Berjaya, Rahsia Diet Atkins,













Ketahui Rahsia Diet Atkins Yang Sebenar | Artikel ini adalah versi update daripada artikel Rahsia Diet Atkins yang lama yang telah memperoleh sebanyak 91267 view. Ramai yang mencari artikel ini kan?

Mengawal berat badan kekal adalah sukar untuk di capai. Sebuah penyelidikan menyatakan kira-kira 90% daripada orang yang berdiet mengulangi kegagalan setelah beberapa kali memulakannya. Dan yang berjaya apa rahsianya? Pernah terfikir rahsia diet atkins yang sebenar? Laporan Pengguna mendapati majoriti yang melakukan diet atkins adalah orang yang paling berjaya menghilangkan berat badan dalam masa yang singkat tanpa perlu mendaftar dalam program diet dan membeli makanan khas untuk kurus. Melayu dan nasi tiada berpisah. Betulkan? Nasi merupakan penyumbang karbohidrat terbesar dikalangan orang melayu. Pernah terfikir?
Aku tak mampu hidup tanpa nasi! Hari-hari kena makan juga nasi, walaupun sedikit! Orang Melayu kan. Mana lepas. Mulut dan nasi bagai irama dan lagu!
Sebagai permulaan kepada diet atkins, saya amat sarankan anda untuk mendapatkan panduan Teknik Kurus Dengan Atkins. Saya juga pernah melakukan review tentang panduan ini di dalam artikel Ebook Teknik Kurus Dengan Diet Atkins 2014. Di dalam panduan itu, terdapat banyak maklumat yang berguna yang akan anda boleh gunakan semasa memulakan diet atkins


Atkins Diet, Cara Diet Atkins Yang Berkesan, Diet Atkins Berjaya, Rahsia Diet Atkins,

Sebagai ilmu tambahan, saya telah menyediakan sebuah artikel yang bertajuk Apa itu Diet Atkins?. Suka saya katakan, bagi anda yang tidak pernah tahu tentang diet ini, khatamkan pembacaan artikel tersebut. Fahami konsep yang sebenar dalam diet ni, kemudian mulakan diet ni tanpa menysahkan diri anda sendiri. Dan satu lagi, Diet Atkins ni tak pernah menyusahkan orang! Tapi lebih kepada menggembirakan orang.

Kenapa saya kata menggembirakan? Dengan diet ini, anda tidak perlu menahan lapar. Anda boleh makan seberapa banyak dan sekerap mungkin makanan dalam sehari dan anda mendapati berat tetap akan turun. Bagaimana pun, dalam apa jua program diet, pantang tetap ada. Makan makanan yang tinggi protein dan elakkan makanan yang berkarbohidrat. Mungkin ada yang tidak faham. Tetapi saranan saya, baca artikel Apa Itu Diet Atkins?.

Langkah untuk Berjaya Dengan Diet Atkins

1. Belajar tentang diet atkins
Seperti yang telah saya katakan tadi, belajar tentang apa itu diet atkins. Sebelum memulakan diet, penting untuk anda mengetahui apa yang akan anda peroleh dalam jangka masa panjang diet ini dan memahami sebab-sebab pilihan makanan yang dibuat.

2. Belajar Cara Mengira Karbohidrat
Diet Atkins bergantung kepada pengiraan karbohidrat yang ada di dalam makanan harian anda. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab anda untuk mengira jumlah karbohidrat dalam pemakanan dan tidak mengambil lebih daripada 20gm sehari. Bagaimana cara untuk mengatahui nilai karbohidrat dalam makanan yang di ambil? Buka Google dan taip "Nutrition in [Food]. Mudah bukan? Sekiranya anda bijak dalam memaksimakan penggunaan Google, anda mungkin akan ketemu ebook free atau senarai lengkap nutrition pemakanan diet atkins.

3. Makanan Diet Atkins
Dalam proses diet atkins, terdapat empat fasa penting yang anda perlu ikuti sehingga memperoleh berat badan ideal. Fasa pertama adalah fasa induksi. Fasa ini merupakan fasa yang paling ketat peraturannya dan berlangsung selama 2minggu. Walaubagaimanapun, fasa induksi adalah pilihan fasa yang mana anda boleh lakukan selama 2minggu atau meneruskan fasa ini sehingga anda mencapai berat idea berbaki 5kg terakhir.
Selepas fasa ini, anda akan menambah bilangan karbohidrat setiap minggu ke dalam diet harian anda.

4. Rancang Plan Diet Masa Depan
Bagi sesetengah pendapat, mulakan perjalanan anda dengan perncangan yang rapi. Ini kerana, diet atkins mungkin boleh memberikan tekanan yang cukup tinggi di awal-awal permulaan. Anda mungkin akan tertewas dengan makanan kegemaran di dalam tempoh induksi. Pelan perjalanan diet anda selama seminggu bersama dengan menu-menu halal atkin. Bagi yang pandai dalam blog, buat sebuah blog perjalanan diet atkins anda. Ia mungkin juga boleh memberi inspirasi kepada orang lain.

Hilang 3.5 kg dalam masa 2hari?

Itulah kejayaan terbesar saya semasa proses pertama memulakan diet atkins. Anda boleh baca di dalam artikel di bawah :
Banyak kan? Kalau saya boleh, anda tentu boleh. Jangan terus menerus menyeksa diri anda dan bagi alasan esok, lusa, minggu depan, tahun depan! Kalau bukan saat ini, anda mungkin akan terus hanyut dan melupakan diet atkins ini. 

Jadi, kepada yang nak kurus, mungkin inilah peluang anda. 
Panduan yang lengkap dengan menu harian, mungkin akan membantu proses penurunan berat dengan cepat. Kalau tak keberatan, saya sarankan kepada anda untuk join kelab Diet Atkins Malaysia di Facebook. Kelab ini banyak membantu mereka yang ingin kurus dengan sihat. Dalam erti kata lain, sifu-sifu juga ada dalam group tu. Rugi rasanya kalau anda lepaskan peluang untuk mengenali mereka.  


P/s : Lawati blog RAHSIA DIET ATKINS MALAYSIA untuk dapatkan resepi Atkins dan ebook panduan dan resepi khas atkins SECARA PERCUMA.