sitianirah@gmail.com

Resepi : Kaya Pandan Atkins Version

sumber : Google

Bahan-Bahan

10-15 helai daun pandan
1 1/2 kotak santan kara
1/2 kotak whipping cream
1/2 tsp garam
3 biji telur basuh
5-8 peket stevia/splenda (ikut pilihan, kalau boleh kurangkan, tawar takpe)

Cara-Cara

1. Basuh daun pandan. Kemudian masukkan dalam blender bersama 350ml air. Tapis dan 
    ketepikan.
2. Pukul telur, garam,splenda/stevia dan whipping cream. Jangan terlalu kembang. Rasa 
    dahulu. Kalau perlu tambah/kurang stevia/splenda.
3. Satukan santan, extract pandan(1) dan telur(2) ke dalam periuk dan masak dengan api     
   sederhana dengan menggunakan kaedah double boil. Kalau nak masak direct, gunakan api 
   kecil.
4. Masak hingga pekat. Kebiasaanya ambil masa dalam 30-45minit. Pastikan dikacau selalu.
5. Sekiranya kaya menjadi ketul2, masukkan dalam blend, blend hingga sebati.
6. Kaya yang siap perlu disejukkan dalam suhu bilik dahulu. Bila dah betul2 sejuk, baru letak 
    dalam botol/bekas kedap, dan masukkan dalam peti sejuk



Maklumat pemakanan untuk per serving Kaya Pandan Atkins Version :
Total Carbs : 3gm

##Boleh makan bersama roti flexseed atau oopsie bread. Tapi hati-hati. Jangan ambil banyak. 1sudu sehari takpe.

0 comments:

Post a Comment