sitianirah@gmail.com
Showing posts with label Resepi Roti Atkins. Show all posts
Showing posts with label Resepi Roti Atkins. Show all posts
sumber : Google

Bahan-Bahan

10-15 helai daun pandan
1 1/2 kotak santan kara
1/2 kotak whipping cream
1/2 tsp garam
3 biji telur basuh
5-8 peket stevia/splenda (ikut pilihan, kalau boleh kurangkan, tawar takpe)

Cara-Cara

1. Basuh daun pandan. Kemudian masukkan dalam blender bersama 350ml air. Tapis dan 
    ketepikan.
2. Pukul telur, garam,splenda/stevia dan whipping cream. Jangan terlalu kembang. Rasa 
    dahulu. Kalau perlu tambah/kurang stevia/splenda.
3. Satukan santan, extract pandan(1) dan telur(2) ke dalam periuk dan masak dengan api     
   sederhana dengan menggunakan kaedah double boil. Kalau nak masak direct, gunakan api 
   kecil.
4. Masak hingga pekat. Kebiasaanya ambil masa dalam 30-45minit. Pastikan dikacau selalu.
5. Sekiranya kaya menjadi ketul2, masukkan dalam blend, blend hingga sebati.
6. Kaya yang siap perlu disejukkan dalam suhu bilik dahulu. Bila dah betul2 sejuk, baru letak 
    dalam botol/bekas kedap, dan masukkan dalam peti sejuk



Maklumat pemakanan untuk per serving Kaya Pandan Atkins Version :
Total Carbs : 3gm

##Boleh makan bersama roti flexseed atau oopsie bread. Tapi hati-hati. Jangan ambil banyak. 1sudu sehari takpe.
Sumber : Google


Bahan-Bahan

(6-8keping)
100gm krim cheese
3 biji telur
secubit garam
1sudu serbuk penaik/krim tartar
pemanis tiruan (pilihan)

Cara-Cara

1. Asingkan putih telur dan kuning telur dalam bekas yang berlainan.
2. Pukul putih telur bersama garam hingga kental (meringue - telingkup mangkuk, bahan tak 
    jatuh)
3. Dalam bekas lain, pukul kuning telur dan krim cheese. Masukkan serbuk penaik/krim tartar 
    untuk menjadikan roti lebih elok.
4. Kaup kuning telur(3) ke dalam bekas putih telur(2) dan lakukan proses kaup balik secara
    lembut.
5. Jadikan 6-8 bulat oopsie bread di atas dulang pembakar. Boleh tabur hirisan cheese kalau nak
    tambah perasa
7. Bakar dalam ketuhar 300darjah selama 10-15minit atau bertukar kekuningan.


Maklumat pemakanan untuk 2 keping Oopsie Bread Atkins:
Fat : 11.2gm
Total Carbs : 1.2gm
Protein : 6.2gm


Sumber : Oopsie Bread Atkins