sitianirah@gmail.com

Resepi : Fat Bombs Coklat



Bahan-Bahan

3/4 cawan cair minyak kelapa
150g almond butter
60 titis (kira-kira 3/8 sudu kecil ) Cecair Stevia (kalau pakai serbuk, sila sukat ikut pilihan)
3 sudu besar serbuk koko
9 sudu besar mentega masin cair

Cara-Cara

1. Campur semua bahan dalam 1 bekas, kemudian kacau hingga sebati. 
2. Rasa dahulu. Kalau dah okey, tak perlu tambah apa-apa bahan lagi.
3. Isikan bahan yang siap sebati tadi dalam bekas muffin atau candy. Ingat, letak dahulu 
    kertas minyak atau baking paper supaya tak melekat bila sejukkan nanti.
4. Sejukkan dalam peti selama 30minit.
5. Kemudian, keluarkan fat booms coklat dari bekas muffin atau candy.
6. Masukkan dalam bekas/plastik, kemudian letak dalam peti. Kalau tak letak, nanti coklat 
    cair! Nak makan, ambil dari peti.

Maklumat pemakanan untuk satu Fat Bombs Coklat:
145 kalori
Lemak 14.7g ( 91.2 %)
Protein 1.53g (4.2%)

Karbohidrat 1.67g (4.6%)


Sumber : Fat Bombs

1 comment: