sitianirah@gmail.com

Tips Latihan Beban Bagi Pemula


Latihan beban merupakan olahraga yang sangat efektif untuk membentuk tubuh menjadi lebih ideal. Latihan ini berguna untuk membentuk otot, membangun tulang yang kuat dan meningkatkan metabolisme anda. Saat ini  latihan beban telah menjadi  trend dan banyak di lakukan banyak golongan. Di sini saya berikan kepada anda tips untuk pemula yang ingim menceburi latihan beban.

Gunakan Teknik Yang Tepat

Latihan beban merupakan jenis latihan yang tidak boleh dilakukan dengan sembarangan. Latihan beban ini memerlukan steps yang betul untuk anda memperoleh hasil yang memberangsangkan. Selain itu, berlatih dengan baik dapat menghindarkan anda daripada tercedera. Untuk yang terbaik, dapatkan seorang personal training untuk train anda dengan tepat dalam masa yang ditetapkan.

Gunakan Beban Yang Ringan

Setelah anda menguasai  gerakan dan teknik berlatih yang betul, kini masanya untuk anda memulai latihan beban. Anda tak perlu terpengaruh dengan orang-orang disekitar anda yang berlatih dengan beban yang lebih besar dan berat, tapi  mulakan latihan anda dengan  beban yang lebih ringan. Ini adalah bertujuan untuk memberi kan waktu kepada tubuh anda untuk beradaptasi  dengan latihan yang anda lakukan. Ini  juga berlaku dalam menentukan repetisi  dan set yang anda gunakan. Tak perlu menggunakan set dan repetisi yang terlalu banyak. Sebagai  permulaan, Anda bolah mencuba dengan 6 repetisi  terlebih dahulu, kemudian di tambah menjadi  8 repetisi  dan seterusnya semakin bertambah.

Buatlah Program Latihan Yang Baik

Program latihan beban anda hperlulah sentiasa tersusun dengan baik dan teratur. Buatlah  latihan beban secara terperinci  seperti  misal nya, Hari  Sabtu untuk melatih otot dada, Isnin untuk melatih otot kaki , Selasa untuk melati h otot punggung dan seterusnya. Jangan berlati h selama satu minggu penuh. Tinggalkan 1-2 hari  sebagai hari rehat dari  sesi  latihan. Perlu anda ketahui  bahawa otot akan tumbuh saat tubuh mendapatkan rehat yang cukup.

Jadikan Latihan Anda Lebih Menyenangkan

Anda mungkin bosan dengan lat han yang terlalu ketat juga berat, tidak ada salahnya anda melakukan lati han sambil  mendengarkan muzik, berborak dengan rakan, atau menonton televisyen. Kegiatan seperti ini boleh saja di lakukan, asal kan anda tetap fokus pada teknik latihan yang tepat.

Komitmen Pada Diri Sendiri

Masalah yang sering kali  dihadapi  pemula adalah komitmen dalam diri untuk terus tekun berlatih. Kadang rasa malas lebih banyak mempengaruhi. Keadaan seperti  ini  dapat di atasi  dengan membuat jadual latihan yang tepat. Contohnya, anda boleh buatkan jadual tidak terlalu padat dan ringan. Jangan pula mengambil jadual latihan ang padat, agar anda tidak bosan. 2-3 kali seminggu sudah cukup untuk membentuk otot badan anda.

Konsumsi Makanan Sihat

Satu perkara yang tidak boleh lari daripada melakukan dalam latihan beban adalah menkonsumi makanan sihat yang terdiri daripada makanan yang tinggi protein dan rendah karbohidrat seperti Diet Atkins. Anda tetap harus menj aga keseimbangan nutrisi  bagi  tubuh anda. Buah-buahan dan sayuran adalah contoh makanan sehat yang baik untuk mendukung program latihan anda tetapi ingat, di dalam Diet Atkins, buah-buahan adalah dilarang. So, gantikan dengan memakan sayur-sayuran yang banyak dan mengambil supplement yang sesuai. Hindari  mengkonsumsi  makanan segera seperti makanan berproses yang tinggi karbohidrat, dan ganti kan dengan makanan tinggi  protein seperti dada ayam, telur, dan daging. Makanan inilah yang dapat membantu anda meningkatkan perkembangan otot dengan lebih optimal.

Sekarang Anda tidak perlu bimbang lagi  jika ingin memulakan  latihan beban. Dengan mempraktikkan tips-tips di  atas, anda akan lebih percaya pada diri dan lebih mudah mendapatkan hasil  terbaik dari  latihan beban yang anda lakukan. Semoga berjaya!

0 comments:

Post a Comment